Latihan kebakaran bersama Bomba (P1)

Pada 8/8/2024 (Khamis), satu latihan kebakaran telah diadakan di Kitaran recovery Sdn Bhd (P1). Seramai 40 orang pekerja telah menyertai latihan kebakaran bersama bomba. Tujuan latihan kebakaran ini diadakan adalah untuk memastikan pekerja sentiasa cakna dengan keadaan sekitar dan tahu untuk bertindak sekiranya berlaku sebarang kecemasan mahupun kebakaran. Anggota bomba juga memberikan banyak info dan ilmu pengetahuan mengenai alat pemadam api serta cara memadamkan api dengan betul.