Majlis Berbuka Puasa ArtWorks Hotel
(2025)
Pada 24 Mac 2025, Kitaran Recovery Sdn Bhd telah mengadakan “Majlis Berbuka Puasa” bertempat di Art Works Hotel, Ipoh Perak. Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pekerja, di samping meraikan keberkatan bulan Ramadan. Juadah berbuka yang enak dan menarik disajikan kepada semua pekerja. Semoga majlis seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform memperkukuh nilai kebersamaan dan kasih sayang sesama insan.